Kamus Al Quran pdf

  • Posting : 14 Oktober, 2025

Table Of Content

20251012 193639

DOWNLOAD KAMUS AL-QURAN PDF

Rujukan lengkap kosa kata dalam al-Quran

KENAPA PERLU MEMILIKI KAMUS INI

Menyenaraikan makna setiap perkataan yang bersesuaian dengan penggunaannya dalam pelbagai bentuk.

Menyenaraikan bilangan perkataan yang diulang di dalam ayat-ayat al-Quran.

Menjelaskan makna lafaz al-Quran dengan metode pentafsiran yang ditetapkan oleh sarjana tafsir.

Tafsir lafaz al-Quran bersandarkan Asbab al-Nuzul (tujuan penurunan ayat) untuk memahami makna perkataan dengan lebih tepat.

Menggunakan syair bagi menjelaskan maksud suatu perkataan.

Menghuraikan tafsir ayat berdasarkan qiraat (bacaan) yang berbeza.

BAGAIMANA MENGGUNAKAN KAMUS INI

PENGGUNAAN PERIBADI:

Baca satu entri setiap hari selepas solat Maghrib atau Isyak.

Semak setiap ayat yang mengandungi perkataan itu dan kaji penggunaannya dalam setiap ayat. Gunakan terjemahan yang mudah difahami. Salin semula ayat-ayat al-Quran berkaitan dalam buku nota.

Ulangkaji dengan membaca ayat-ayat berkaitan dan fahami makna perkataan yang telah dipelajari.

 

PENGGUNAAN BERKUMPULAN:

Setiap ahli kumpulan diberikan beberapa entri tertentu. Setiap ahli mengkaji entri-entri yang diberikan seperti metode kajian untuk penggunaan peribadi.

Setiap ahli dikehendaki membentangkan setiap entri dengan terperinci sehingga semua ahli kumpulan memahaminya dengan jelas.

Kaedah ini juga boleh digunakan untuk melatih para pelajar memahami al-Quran.

Download Kamus Al-Qur’an PDF

Bagikan Artikel